MARAH...Nora Danish Saman..bertindak melampau dengan - npnt

Nora Danish telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha hari ini.Tindakan itu diambil ekoran kenyataan tidak tepat yang ditulis oleh Fasha di Instagram miliknya semalam."Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya."Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya," katanya.Nora juga menjelaskan kejadian yang berlaku bukan berunsur sabotaj dan dia tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak Fasha."Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha)."Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan," kata Nora ketika sidang media tergempar di Publika sebentar tadi.Nora turut mengambil tindakan saman terhadap seorang blogger yang didakwa bertindak melampau dengan mengemaskini status berbaur fitnah dan berat sebelah."Kenyataan itu bersifat melulu dan memberikan reputasi tidak elok kepada saya, keluarga dan perniagaan saya."Mungkin akan ada sidang media seterusnya selepas ini tetapi saya tidak akan memberikan kenyataan lanjut lagi kerana ia membabitkan urusan undang-undang," kata pemilik jenama Owl by ND itu.Perbalahan di media sosial antara Fasha dan Nora tercetus sejak semalam apabila Fasha mula mengemaskini status berserta foto di Instagramnya.Dakwa Fasha ada artis yang jenamanya turut terbabit dalam pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 akan menarik diri sekiranya dia hadir ke acara terbabit pada Rabu lalu.Suami Nora, Nedim bagaimanapun bertindak mempertahankan isterinya dalam kemaskini sekeping foto berserta status.

npnt

喜歡?給個讚吧 :)
網友推薦